Posts | Comments | Email

Percaya kepada diri sendiri

Ada kalanya kita memandang rendah kepada diri kita sendiri tanpa mengetahui potensi diri kita yang sebenar. Kita menganggap diri kita kurang berpotensi atau kurang layak untuk mengatasi mereka yang bersaing dengan kita. Sebenarnya sikap inilah yang boleh menggoncang keyakinan kita untuk terus berusaha menjadi diri yang lebih baik.

Saya dulunya tidak yakin saya akan dapat menghasilkan sesuatu artikel pendek berbentuk motivasi kerana saya takut saya tidak layak untuk memberikan motivasi kepada orang lain. Saya juga berasa rendah diri kerana saya bukanlah seorang yang profesional untuk mengeluarkan pendapat dan pandangan kepada masalah orang lain.

Tapi akhirnya saya sedar, sekiranya saya mahu terus menulis artikel motivasi seperti ini saya seharusnya mempunyai niat yang betul. Saya harus tegar untuk mempertahankan niat saya yang ingin membantu menjana motivasi dalam diri orang lain melalui penulisan saya di dalam blog ini. Dan sejujurnya, saya gembira kerana mendapat respon positif daripada para subscriber saya yang menyatakan tanda terima kasih kerana kewujudan blog ini di alam virtual.

Begitu juga saya harapkan kepada anda. Anda harus percaya apa yang anda lakukan itu betul. Apabila niat yang telah kita tetapkan itu betul, anda tidak mungkin digoyahkan oleh orang lain yang tidak senang melihat anda berjaya. Percaya dan yakin pada diri sendiri..dan bertindaklah demi keyakinan dan kepercayaan anda itu.

Random Posts

Comments (4)

 

  1. kakcipa says:

    yeah kita harus pede.
    thanks kunjungannya
    kakcipa´s last blog ..My Pet Society My ComLuv Profile

    [Balas komen]

    warnnie Reply:

    Hmmm, kakcipa..pede tu apa maknanya ya?

    [Balas komen]

  2. yup, saya setuju dengan entri anda. banyak individu yang kurang percaya kepada diri sendiri mengalami kegagalan(ini berdasarkan pengalaman saya). sangat penting untuk kita percaya apa yang kita mahu lakukan supaya kita tidak ragu-ragu dengan keupayaan diri kita.
    Joevilee Badu´s last blog ..Kenapa Kemahiran Mengurus Sangat penting Dalam Perniagaan Internet Anda? My ComLuv Profile

    [Balas komen]

    warnnie Reply:

    Betul tu…mereka tidak sedar bahawa kegagalanlah yang mendorong kita terus berfikir jauh ke hadapan..:)

    [Balas komen]

Leave a Reply