Posts | Comments | Email

Anda bersedih?

Kadangkala saya akan bersedih terhadap perkara yang kecil. Sebab saya ini orangnya agak sensitif juga. Tidak salah bersedih kerana memang perasaan sedih ini disediakan Tuhan untuk kita berasa sedih semasa ada perkara yang mungkin membuatkan kita berjauh hati, terkilan ataupun mungkin apabila sesuatu kerja yang kita lakukan sepenuh hati dikritik dengan hebat. Hasil kerja saya juga pernah dikritik hebat oleh orang-orang yang inginkan saya berjaya.

Tapi perasaan bersedih itu juga mengajar kita satu perkara, iaitu kita belajar untuk merenung kembali kenapa kita bersedih. Kadangkala kita bersedih dan terlalu berpihak kepada diri sendiri. “Kenapalah ini berlaku kepada aku, kenapa orang tak faham perasaan aku..” Banyak lagi yang kita rungutkan kepada diri kita sendiri. Tapi kita tidak sedar pernyataan-pernyataan negatif seperti ini akan menguasai diri kita dan kita hanya akan berasa kasihan kepada diri kita.

Satu perkara yang tidak boleh kurang dalam diri kita adalah berfikiran realistik. Ada seorang kawan saya berkata kita ini tidak boleh untuk berfikiran terlalu optimistik, nanti segala yang kita rancangkan mungkin terkubur di tengah jalan. Tetapi kata saya, kita juga tidak boleh terlalu berfikiran pesimistik. Sebab ianya akan membantutkan perkembangan otak kita untuk berfikir sentiasa jauh ke hadapan. Jadi, kamipun sama-sama bersetuju untuk bersikap realistik, mungkin itu lebih ideal bagi manusia pada hari ini.

Kesedihan yang kita alami pada hari ini mungkin juga satu pemangkin dan penyeru semangat untuk kita berjaya pada masa hadapan. :)

Random Posts

Leave a Reply