Posts | Comments | Email

Kuasa “melepaskan”

Kadang kala kita marah kepada mereka yang menyakiti hati dan perasaan kita. Kadang-kadang juga kita marah kepada diri sendiri kerana tidak dapat melakukan sesuatu kerja ataupun tugas yang diberikan dengan teratur dan sempurna. Saya pun memiliki perasaan sebegini, apabila fikiran saya berserabut dengan banyak perkara yang merisaukan saya. Macam nak putus asa pun ada kadang-kadang. Anda pun tentunya pernah mempunyai perasaan sebegini kan?

Tetapi, antara sedar ataupun tidak, kita selalunya risau dengan perkara yang remeh-temeh. Mengapa saya katakan remeh-temeh? Kerana biasanya sesuatu perkara yang mudah, tapi kita melihatnya sebagai satu perkara yang sukar dan memerlukan pemerhatian yang rapi. Ini merupakan salah satu faktor yang mendorong kepada ketidaktenteraman dalam hati kita.

Satu cara yang paling baik untuk memberikan hati dan minda kita berada di dalam keadaan tenang ialah menggunakan satu istilah yang dinamakan “The Power of Letting Go..” Mungkin kita kesal dengan akibat daripada keputusan yang kita ambil sebelumnya. Tapi, kita harus sedar bahawa segala akibat yang berlaku tidak dapat diputarkan kembali. Apa yang dapat kita lakukan adalah dengan mempelajari kesan daripada tindakan yang kita putuskan, kemudian tidak mengulanginya lagi pada masa akan datang.

Yang sudah itu, sudahlah. Yang lepas, biar terlepas. Yang akan datang, fikirkan dengan matang…Selamat berhujung minggu untuk semua yang bercuti hujung minggu saya ucapkan. :)

Random Posts

Leave a Reply