Gagal, apa salahnya?
Bagi saya, tidak ada salahnya. Ramai yang tidak sedar bahawa kejayaan pada hari ini merupakan pengajaran daripada kegagalan demi kegagalan yang kita lalui tanpa sedikitpun menghilangkan keyakinan dalam diri.
Apakah yang paling penting supaya kita tidak melalui kegagalan yang sama seperti yang sudah-sudah? Ya, ILMU. Satu ilmu yang tidak boleh dicuri daripada kepala dan minda kita. Harta yang paling bernilai di dunia ini adalah ilmu dan bukannya harta benda yang bertimbun-timbun. Harta yang kelihatan seperti wang dan segala macam kemewahan boleh musnah dalam sekelip mata. Tetapi tidak ilmu. Dengan ilmu juga kita boleh mencari semula kemewahan yang telah hilang.
Menuntut ilmu adalah suatu pelaburan jangka masa panjang. Dari kecil kita belajar untuk menimba ilmu, mendapat ilmu dan mencari ilmu. Begitulah proses kita sebagai manusia. Sentiasa mencari dan menambah ilmu. Dan kunci yang paling utama ialah membaca. Bak kata seorang jutawan iaitu Donald Trump, “Leaders are readers”. Hanya mereka yang cukup ilmu di dada dapat mengharungi pelbagai kegagalan. Kegagalan itu adalah suatu kejayaan tertunda. Jadi kalau kita gagal, apa salahnya kan? Kita tidak akan gagal selama-lamanya.
Pada saya, tidak seronoklah hidup ini kalau semuanya berjalan dengan begitu sempurna. Saya percaya ramai daripada mereka yang telah berjaya telah menguatkan diri dan semangat yang tidak berbelah bagi untuk terus memacu ke arah kejayaan. Kegagalan itu membuatkan kita lebih kuat dan personaliti kita juga dibentuk dari sini. Untuk menjadi seorang yang sentiasa bangkit walaupun selalu terjatuh. Hmm…gagal, apa salahnya kan?
Artikel yang berkaitan
Comments (5)

Saya setuju..memang gagal tak salah. tetapi kita perlu tahu kenapa boleh gagal dan bangkit perbetulkan keadaan. Jangan hanya berani gagal, tetapi tidak mahu check dan perbetulkan tindakan yang membuat kita gagal..
Sebab orang yang berjaya ialah mereka yang bangkit selepas kegagalan. Bukan mereka yang gagal dan terus gagal tanpa berani bangkit semula.. Ini pendapatan saya..=)
hafizul´s last blog ..Kenangan Terindah..
[Balas komen]
warnnie Reply:
June 5th, 2010 at 11:02 am
Betul tu hafizul…kena bangkit dan bukannya terus terjatuh dan tersungkur..:)
[Balas komen]
info menarik, berguna banget, teruslah menulis terimakasih
[Balas komen]
warnnie Reply:
June 5th, 2010 at 11:02 am
terima kasih…akan menulis selagi mampu..:)
[Balas komen]
terus lan bangkit tanpa mengenal erti putus asa..dan jgn sampai ketahap itu(berputus asa)…
[Balas komen]