Di mana anda 10 tahun akan datang?
Ketika saya menulis artikel ini, saya sedang berehat sambil melihat-lihat sekeliling di luar tingkap makmal saya. Ada waktunya saya berasa lelah dan letih untuk meneruskan cita-cita dan impian saya. Impian menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat sangat kuat melekat di dalam minda saya pada ketika saya masih di bangku sekolah lagi. Sekali lagi saya tidak akan mudah berputus asa dengan penyelidikan yang telah saya jalankan. Saya mahu menjadi seperti Albert Einstein yang gagal berkali-kali. HIDUP BERANI UNTUK GAGAL kan.
Pernah tak anda bertanya kepada diri anda sendiri? Apakah yang benar-benar anda inginkan di dalam hidup yang hanya sekali ini? Pernah anda membayangkan kehidupan anda 10 tahun atau 20 tahun yang akan datang? Tentu pernah kan. Saya juga pernah. Tapi mungkin tidak terlalu serius, ala kadar saja. Ya la, mana tahu esok-esok mati kan. Hidup ini kena selalu ingatkan mati. Kalau tidak, kadang-kadang manusia akan jadi lupa diri, lupa keluarga dan paling menakutkan lupa pada Tuhan. Oleh itu, sentiasalah ingat pada kematian. Ingat kepada kematian menjadikan kita tidak mudah lupa diri dan menjauhi kejahatan. Mudah-mudahan.
Satu perkara yang saya belajar melalui pembacaan buku, keputusan yang anda buat hari ini akan menentukan di mana anda 10 tahun akan datang. Jadi andalah sebenarnya yang kena mencorakkan masa depan anda sendiri. Kegagalan yang datang bukanlah sesuatu yang perlu kita kesalkan, tetapi merupakan pelengkap kepada kejayaan yang anda miliki. Masa depan yang cemerlang menanti anda andai saja anda memulakan keputusan pertama anda. Selamat membina masa depan dari saya.
Random Posts
Comments (17)

info yang menarik untuk dibaca..
iqone_dinie´s last blog ..Emosi Seorang Blogger.
[Balas komen]
10 tahun impian bermula dengan 1 tindakan hari ini kerana kita makhluk yang terbaik ciptaan Tuhan.
[Balas komen]
@ iqone_dinie..
Terima kasih.. Blog iqone pun menarik juga…:)
[Balas komen]
@ meminlo…
Betul..sangat setuju dengan kenyataan ini..:)
[Balas komen]
Engkaulah apa yang kau fikirkan!!
shahrulfaizi´s last blog ..Biarkan Duit Bekerja Untuk Anda, Bukan Anda Kerja Untuk Duit
[Balas komen]
warnnie Reply:
June 5th, 2010 at 12:55 pm
Terkandung dalam pemikiran..hehe..
sambung balik ayat shahrul..
[Balas komen]
Apa yang kita perolehi 10 tahun akan datang adalah kejayaan yang kita lakukan sekarang berulang-ulang. Makanya jika tidak sampai 10 tahun sebab kegagalan yang kita lakukan berulang-ulang.
Muhd Suhaily´s last blog ..Talk percuma bukan sia-sia
[Balas komen]
warnnie Reply:
June 5th, 2010 at 12:56 pm
Betul tu, kerja yang dilakukan berulang-ulang tapi nak keputusan yang berbeza..
[Balas komen]
wah! saya suka blog ni..banyak artikel pembangunan diri!
wanwma´s last blog ..Betul! Orang Ikhlas Selalu Tertindas, Tapiā¦
[Balas komen]
warnnie Reply:
June 5th, 2010 at 12:56 pm
Terima kasih..di samping membangunkan orang lain, sambil-sambil membangunkan di sendiri juga..:)
[Balas komen]
Susah nak jawab soalan ni. Aku memang ada plan tapi berserah pada Dia, kita hanya merancang..kalau tercapai alhamdulillah kalau tak..kena sediakan alternative untuk kegagalan..
PisangPanas´s last blog ..Unikkan Blog Korang Dengan @Fontface Custom Font
[Balas komen]
warnnie Reply:
June 5th, 2010 at 12:57 pm
Betul tu, kena ada plan B C dan seterusnya supaya jangan mengharap sangat pada plan pertama.
[Balas komen]
10 tahun akan tahun..aku akan menjadi pengawai polis berpangkat Asisten Superintenden Polis dalam pvr,dan pensyarah universiti malaysia pahang…sekian terima kasih
[Balas komen]
warnnie Reply:
June 5th, 2010 at 12:59 pm
wah nak jadi polis ke ni? Mudah-mudahan berjaya ye..:)
[Balas komen]
Apa yang dapat saya simpulkan,
Matlamat + tindakan susulan = kejayaan..=)
hafizul´s last blog ..Kenangan Terindah..
[Balas komen]
warnnie Reply:
June 5th, 2010 at 1:00 pm
Yup, memang betul tu..:)
[Balas komen]
10 tahun akan tahun..aku akan menjadi pengawai polis berpangkat Asisten Superintenden Polis dalam pvr,dan pensyarah universiti malaysia pahang…sekian terima kasih
[Balas komen]