Posts | Comments | Email

Kenapa takut berubah untuk kebaikan?

Sudah agak lama saya tidak mengemaskini blog ini. Apapun, saya masih bersyukur kerana blog ini masih wujud. Sebenarnya blog ini sedang mengalami proses perpindahan hosting. Buat masa ini belum ada sebarang kemaskini daripada pihak hosting yang baru. Semoga blog ini masih lagi wujud di dunia interent ini untuk memberi sedikit sebanyak motivasi diri kepada para pembaca yang datang berkunjung ke sini.

Berubah selalunya dikaitkan dengan suatu perbuatan yang tidak baik dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Tapi, ramai yang tidak sedar bahawa perkataan berubah itu juga merujuk kepada satu lagi perspektif yang positif. Berubah untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya ada merupakan proses perubahan yang positif dan membawa kepada satu perkataan, BAGUS dan LUAR BIASA!

Orang yang berubah menjadi lebih baik dapat saya simpulkan sebagai orang yang menerima teguran dan mengambil teguran itu sebagai satu komen yang membina.  Berlainan pula orang yang menganggap teguran itu sebagai satu ancaman dan membawa kepada sikap prejudis terhadap orang yang menegur. Saling menasihati sangat-sangat digalakkan kerana kita manusia memang tidak akan pernah sempurna. Teguran menjadikan kita lebih dewasa dan matang dalam menempuh cabaran hidup. Perubahan positif juga dapat menambah nilai dan harga diri kita. Seperti yang anda baca pada gambar entri kali ini. Kita tidak perlu takut untuk berubah (sudah tentunya perubahan yang positif ya..). Mungkin semasa peralihan perubahan tersebut, kita akan kehilangan sesuatu. Tapi siapa tahu, kita akan memperolehi sesuatu yang lebih baik hasil daripada perubahan kita itu.

p/s: Perubahan yang akan tahan lama, adalah perubahan atas dasar inisiatif sendiri.. :)

Random Posts

Leave a Reply