Posts | Comments | Email

Seseorang yang inginkan kejayaan perlu…

Akhirnya blog ini telah pulih sepenuhnya daripada masalah server tempoh hari. Tetapi tema blog ini telah ditukar. Mungkin akan terdapat beberapa pengubahsuaian lagi yang terpaksa dilakukan terutama bahagian header tu. Masa untuk mengecat blog akan bermula hujung minggu ini. Itu pun kalau tidak ada aktiviti yang menghalang. Sekarang ni tengah demam Piala Dunia 2010, saya yakin anda juga terkena tempias dan bahang piala dunia ni kan. Semalam saya telah tidur lewat kerana menyaksikan siaran tertunda perlawanan di antara Germany menentang Australia yang berpihak kepada negara Germany. Permulaan yang penuh bergaya buat mereka. :)

Dari sudut motivasi, seseorang yang inginkan kejayaan perlu sentiasa berfikiran terbuka dan mahu melakukan perubahan pada diri sendiri. Ini bertujuan untuk menjadikan kejayaan lebih mudah dicapai tanpa wujud perasaan tidak suka dalam diri kita. Saya percaya para pemain bolasepak bagi negara mereka masing-masing mempunyai semangat sebegini. Pertama, mereka bermain kerana bolasepak adalah permainan yang mereka gemar, dan negara yang mereka wakili ialah negara tumpah darah mereka.

Saya ada melihat iklan bintang bolasepak terkenal seperti Klose dari Germany, Messi dari Argentina mengenai aspirasi mereka terhadap Piala Dunia. Mereka sangat positif dan yakin dengan apa yang mereka lakukan. Masing-masing mempunyai visi dan misi untuk merangkul Piala Dunia tahun ini walaupun sedar dengan kehebatan lawan masing-masing. Pada saya, mereka sudah pun bergelar seorang pemenang dengan meletakkan harapan dan semangat jitu yang tinggi. Begitu juga dengan kehidupan kita, kita harus berfikiran luas dan sanggup melakukan perubahan untuk menjadi lebih baik daripada diri kita yang sebelumnya. Piala Dunia bukan sekadar tontonan, tapi kita juga harus mengambil iktibar daripada semangat kesukanan berpasukan yang ditunjukkan oleh setiap pemain yang bertanding. Selamat menonton bola sepanjang bulan ini saya ucapkan kepada anda.

p/s: Mampukah Itali mempertahankan kejuaraan? Hmm…

Artikel yang berkaitan

Leave a Reply