Semangat Piala Dunia 2010
Semalam saya menyaksikan perlawanan Portugal menentang Korea Utara. Portugal berpesta gol dengan membenam Korea 7-0. Memang Portugal mempunyai harapan tinggi untuk disenaraikan dalam 16 pasukan terakhir yang akan beraksi. Sekiranya dilihat dari segi persembahan permainan, saya menjangkakan Argentina, Portugal dan Brazil mempunyai harapan untuk memenangi kejuaraan Piala Dunia kali ini. Ini hanyalah pendapat saya. Manakala, Perancis, Jerman, Itali dan England mungkin akan tersingkir lebih awal dari yang dijangkakan.
Berbalik kepada perlawanan Portugal menentang Korea semalam, rata-rata peminat bolasepak Korea menyatakan rasa tidak puas hati terhadap mutu persembahan mereka. Tapi satu yang saya tidak bersetuju ialah kita tidak boleh memandang remeh pasukan daripada Korea ini. Adalah satu perkara yang membanggakan negara Korea sudah sampai ke tahap ini. Maksud saya sudah sampai ke tahap memasuki ke Piala Dunia. Sikap ini lah yang patut dicontohi oleh negara kita. Seharusnya kita mengkaji bagaimana caranya untuk membentuk pasukan bolasepak negara yang bertaraf Piala Dunia.
Saya tidak akan bercakap panjang lebar tentang Piala Dunia ini sebab saya pun bukannya tahu sangat tentang bola ini. Cuma saya suka melihat iklan di TV seperti Klose dan Messi yang menyatakan m0tivasi mereka bermain bola adalah datang daripada sokongan ibubapa. Ini adalah motivasi yang tidak akan pernah pudar. Dapat berkat dalam segala sesuatu yang kita lakukan kalau kita patuh dengan ibubapa. Confirm punya..
p/s: Jangan hanya tengok bola saja, tengok dari sudut motivasinya juga..
Random Posts
Comments (1)

salam..
betul tu.. saya tengok korea still menyerang dan xberputus asa. semangat macam tu lar kita mahukan. kadang-kadang kita lupa untuk mengingatkan diri sendiri.
thanks
p/s : sharing is caring
[Balas komen]