Posts | Comments | Email

Jadilah belia yang optimistik

Selamat Hari Belia saya ucapkan kepada semua yang masih bergelar belia dan beliawanis. Semoga anda mampu menyumbangkan sesuatu yang boleh dibanggakan oleh keluarga, masyarakat dan negara. Sememangnya belia adalah aset negara yang bernilai di mata negara. Jadi kita sebagai belia tidak harus mengecewakan negara. Walaupun sumbangan kita kepada kerajaan tidak mendapat pengiktirafan, pada saya cukuplah jika kita menjadi seorang warganeagar yang baik. Tak menyusahkan orang, tak terlibat dengan jenayah dan pelbagai perilaku yang menyumbang kepada gejala sosial. Itu pun sudah cukup baik saya rasa.

Pada pendapat saya, menjadi seorang belia yang baik bukan saja bermakna kita harus menonjolkan diri di khalayak umum ataupun diberi penghargaan dan anugerah. Pada saya, jati diri dalam diri belia itu sendiri yang lebih penting. Saya teringat satu kata-kata yang saya baca dalam buku bertajuk “Out of the Blue” karya Mark Victor Hansen, Barbara Nicholas dan Patty Hansen. Mereka ini merupakan penulis bagi buku Chicken Soup for the Soul. Tentunya anda pernah mendengar Chicken Soup for the Soul” bukan?

Di dalam buku itu ada topik mengenai melatih diri bersifat optimistik. Ya, salah satu daripada karakteristik utama manusia ialah kecenderungan untuk bersikap dan berfikir secara optimistik. Salah satu kaedah melatih sikap optimistik ialah dengan membaca sesuatu yang memotivasikan diri sebelum anda tidur ataupun sebelum anda keluar bekerja ataupun belajar. Mendengar audio berbentuk pembangunan diri dan juga mendengar lagu yang memberi semangat kepada diri.

Orang yang selalu mendengar, melihat dan membaca sesuatu yang positif sebenarnya sudah memberikan sumber semangat dalam diri untuk berfikiran optimistik. Saya dulu juga sering membaca. mendengar dan melihat perkara yang positif di hadapan saya. Adakalanya saya juga mempunyai masalah kemurungan ataupun stres. Tetapi kita haruslah memandang ini dari sudut yang positif. Tidak cukup dengan itu, satu sikap optimistik yang paling berkuasa adalah BERTINDAK.

Mendengar, Melihat dan Membaca saja tidak cukup. Lengkapkanlah ia dengan TINDAKAN. Mari wahai belia-beliawanis, bersikaplah optimistik. :)

p/s: Semoga belia negara di Kejohanan Piala Thomas dapat mengharungi perlawanan getir menentang China malam ini.

Artikel yang berkaitan

Leave a Reply