Posts | Comments | Email

Warnnie?

Salam sejahtera buat pembaca blog sekalian…mungkin ada yang telah mengenali saya..maklumlah dah terlalu ramai kawan yang lost contact(kira macam program Jejak Kasih tv3 plak…hehe..)Terlebih dahulu izinkan saya memperkenalkan diri saya… Nama saya Warnnie Musah dan tahun ni (2009) saya berusia 26 tahun.Saya dilahirkan di Hospital Queen Elizabeh Kota Kinabalu Sabah pada 13 April 1983. Zodiak * Aries, berketurunan rumpun kaum Kadazan-Dusun (kaum Bumiputera Sabah)dan seorang yang cepat sangat naik marah..hehe..tapi sebenarnya hati saya ni baik dan mulia…betul ni tak tipu..;) Saya beragama Kristian (True Jesus Church) tapi ramai kawan-kawan saya sangka saya ni orang Melayu sejak dari kecil lagi…hehe… Sekarang ni saya sudah lali dengan semua sangkaan orang…sekarang ni saya boleh bagitau… “Biasalah, 1 Malaysia...”..hehe..

Nak cerita fasal latarbelakang pendidikan pula…saya ni tak pernah masuk tadika pun, tapi selalu ikut abang pegi sekolah masa umur 6 tahun (abang 7 tahun masa tu)..alih-alih saya plak yang kena tolong abang siapkan kerja sekolah dia…huhu.. Jadi, masa umur 6 tahun tu kira saya dah pandai membaca dan mengira la kot..hehe.. Lepas tu, dari darjah 1 sampai darjah 4 saya bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Tampulan Telipok, sebelum keluarga saya berpindah ke Lahad Datu Sabah kerana urusan kerja ayah saya…ibu saya yang juga seorang jururawat ketika tu juga telah memohon untuk berpindah kerja ke tempat yang sama.

Hmmm…saya meneruskan persekolahan darjah 5 dan 6 di SK Pekan I Lahad Datu. Mula-mula tu memang kejutan budaya juga la sebab kena sesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran dan pergaulan dengan rakan-rakan sekelas. Lupa pulak nak bagitau, daerah Lahad Datu ni kebanyakan penduduk asal dari seberang (Indonesia), gaya percakapan dorang ni kasar sikit. Biasalah orang Sabah ni ramai PATI..tapi ramai jugak PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin) yang menjadi teman baik saya sewaktu bersekolah. Tak boleh pandang serong jugak dengan segelintir mereka ni. Ada juga golongan yang baik tau…

Kemudiannya saya telah melanjutkan pelajaran saya ke peringkat sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agaseh Lahad Datu Sabah. Habis sahaja SPM saya melanjutkan pengajian diploma saya dalam bidang Sains Komputer (Multimedia) di Kolej Yayasan Melaka selama 2 tahun dan setahun lagi di Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech di Kuala Lumpur. Kiranya saya dah jauh berjalan di kota Semenanjung Malaysia tu…hehe…

Tukar color jap…hehe..

Kemudiannya saya melanjutkan pengajian ijazah pertama saya di Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan dalam bidang Teknologi Multimedia. Di sini, sekali lagi saya menerima kejutan budaya. Ya la, dah duduk lama di Semenanjung, balik Sabah kena ubah gaya percakapan lagi…hehe… Bukannya apa, kalau di Semenanjung nun, banyak bahasa saya belajar..bahasa Kedah, Terengganu, Perak..tapi bahasa Kelantan yang saya masih tak faham-faham…hehe…

3 tahun berlalu, saya berjaya mendapat ijazah saya pada September 2007..Lepas tu terus sambung Ijazah Lanjutan, master bahagian Software Engineering…Sehingga biodata diri saya ni ditulis, saya masih lagi meneruskan master saya di Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu.

Cita-cita saya? Saya mahu penjadi seorang pensyarah yang sering memberikan motivasi kepada para pelajar saya. Dulu sewaktu saya belajar untuk diploma saya, saya meminati pendekatan yang diberikan oleh seorang pensyarah saya. Sebab cara pengajarannya adalah dengan memberikan kata-kata motivasi terlebih dahulu…dan satu lagi pensyarah yang saya temui ketika pengajian degree saya, seorang pensyarah yang mengajar saya Bahasa Mandarin. Ini kelakar sikit tapi memang benar berlaku kepada saya. Pensyarah tersebut memberikan kata-kata motivasi dalam bahasa Mandarin, dan pada masa itu saya baru sahaja berdaftar kursus Bahasa Mandarin semester pertama!!!! Yang hairannya, saya seakan faham apa yang cuba disampaikan oleh pensyarah saya tu…Entahlah, mungkin kerana pensyarah tersebut mempunyai hati yang sangat ikhlas untuk mengajar saya dan rakan-rakan yang lain untuk mempelajari Bahasa Mandarin. Oh ya, selama 4 semester saya mengambil bahasa Mandarin tersebut, saya mendapat keputusan Lulus Cemerlang (A) dalam kesemua exam Bahasa Mandarin tersebut. Saya belajar satu perkara, saya lupa yang saya ni pun HEBAT dan boleh belajar banyak perkara. Begitu juga dengan diri anda. Apa yang penting, ikhlas menerima dan memberi setiap ilmu kepada sesiapa pun juga. Doakan saya berjaya mencapai cita-cita saya ya..

Okies, begitulah kisah-kisah kehidupan saya yang tak seberapa ni. Saya harapkan agar anda semua tak bosan membaca biodata diri saya ni. Semoga anda seronok “mengembara” di blog saya ini..Thanks…

Salam Ikhlas dari saya yang sederhana;

gambar

FA34AE3B784E72C8B3CCD591D1BECAB7

Warnnie Musah a.k.a bluedianthus
http://www.warnniemusah.com – Blog Vitamin Minda

http://www.bluedianthus.com – Blog Personal & Blogging

http://www.willpowerwithin.com – Blog Bahasa Inggeris

Comments (21)

 

  1. ?CIK SHA? says:

    laaa..rupe2nye my senior kat UMS Labuan..hik3..
    panggil kak warnnie la eh..hehehe..
    saya junior akak la kirenye..dulu ambil Multimedia jugak!!batch LF2005..ki3..

    hope u’ll achieve ur dream 2 become a GREAT lecturer!!!

    like ur words..same as Dr. Tuah..penuh kata2 semangat..owhh..i adore him 2 much!!hehehe…

    [Balas komen]

  2. Melayu Boleh says:

    Wah.. menarik lah story ni..
    good luck ok..

    [Balas komen]

  3. warnnie says:

    @ CIK SHA..
    ye ke junior saya ni? wah, gembira saya dapat bertemu di alam virtual ni.. Ya, saya sangat suka dengan penulisan HM Tuah. Semoga Sha juga berjaya dalam mencapai cita-cita anda…:)

    [Balas komen]

  4. warnnie says:

    @ Melayu Boleh..
    Terima kasih sebab sudi singgah kat sini..
    Good luck to you too..:)

    [Balas komen]

  5. amat @ abgsabah WC says:

    yer ker kmu ex-SSIL? sy la pioneer kamu semua hehehe… First batch kt labuan LF1999.
    Tp background kita terbalik. sy msuk ums dulu, baru masuk KYM, skrg ajar multimedia.

    [Balas komen]

  6. warnnie says:

    @ abangsabah WC..
    Laa..senior saya rupanya ni..Jadi sekarang ni ajar di KYM la ni?:)

    [Balas komen]

  7. Mus says:

    Salam kenal ya!

    [Balas komen]

    warnnie Reply:

    Salam kenal juga saudara..:)

    [Balas komen]

  8. warnnie says:

    @ Mus..salam kenal juga..:)

    [Balas komen]

  9. aril says:

    la..kadazan-dusun rupanya..patutpun lawa.hehe..apapun moga kita dapat sama2 kongsi pengetahuan..:-)

    [Balas komen]

    warnnie Reply:

    Lawa ke? Terima kasih..Ya, sama-sama berkongsi ilmu itu bagus…:)

    [Balas komen]

  10. AzharHafiz says:

    macamana nak kata ‘Azhar’s a cute chap’ dalam Kadazan-Dusun?

    hahah serious ni

    [Balas komen]

    warnnie Reply:

    Haha…dalam dusun tak ada lagi istilah cute ni.. :)

    [Balas komen]

  11. win says:

    menarik la ne blog..hehe..mmg ngam dpt byk award..

    [Balas komen]

  12. yus says:

    blog kakak sgt terpengun saya mebabca hahaha..kehidupan yg gigih sepanjang hari tanpa risau penat lelah .. syabas kak

    [Balas komen]

    warnnie Reply:

    Ya, mesti tak kenal erti penat lelah… :)

    [Balas komen]

  13. Azman says:

    Cute pulak warnnie ni..klu ada peluang bole jumpa nnt d kk…saya pun orang sabah…hehehe

    [Balas komen]

    warnnie Reply:

    Oh, Azman pun orang sabah juga.. Selamat berkenalan.. :)

    [Balas komen]

  14. wanwma says:

    tahniah kerana berjaya menghasilkan blog yang bermanfaat!

    [Balas komen]

    warnnie Reply:

    terima kasih.. saya hargai pujian tu, :)

    [Balas komen]

  15. @ CIK SHA..ye ke junior saya ni? wah, gembira saya dapat bertemu di alam virtual ni.. Ya, saya sangat suka dengan penulisan HM Tuah. Semoga Sha juga berjaya dalam mencapai cita-cita anda…:)
    +1

    [Balas komen]

Leave a Reply